Want your
own Fotopage?








 
Sirnatinta's FotoPage

By: Sirna Tinta

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Thursday, 1-Oct-2009 17:55 Email | Share | | Bookmark
Buang yang keruh ambil yang jernih

Rungkaikan lah segala yang tak pernah terucap,
jelaskan semua yang kabur,
luahkan kesedihan dan kepedihan yang terpendam,
lepaskan segala kekesalan agar menjelma ketenangan,
kesilapan dan kekhilafan lalu jadikan iktibar dan teladan,
semoga kebahgiaan sama dirasai dan tali persaudaraan kukuh di hati.

Kadangkala kita tak pernah perasan tentang keajaiban yang berlaku dlm bulan Ramadhan dan Syawal yang mulia... setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. hambamu ini Ya Allah bersujud dan bersyukur atas kurniaanmu yang sukar diluahkan dgn kata-kata. Sesungguhnya Engkau maha mengetahui...

apa yg berlaku? Wed 25-Nov-2009 22:12
Posted by:along@liverpool  - [Link]
Add comment


Wednesday, 30-Sep-2009 17:49 Email | Share | | Bookmark
Hari ini dalam sejarah..

Hari yang bersejarah

hari ini ada sejarahnya tersendiri.. sejarah yg baru berlaku.. yg tak pernah berlaku selama ini.. yang tak pernah terjangkakan.. hanya Engkau yang tahu...

Add comment


Sunday, 20-Sep-2009 15:55 Email | Share | | Bookmark
Selepas setahun tak menjengah

 
 
 
View all 23 photos...
Syawal 2009

Dah lebih sethn tak menulis di sini... walaupun tak de sesiapa yg baca.. tp di sinilah tmpt meluahkan rasa yang terpendam...

bnyk yang berlaku dlm thn 2009 ni.. Alhamdulillah semuanya yang baik dan indah belaka.. Cuma yang sedihnya Ramadhan aritu (09.09.09) genaplah 10 thn pemergian ibunda tercinta. Kami adik beradik sama-sama saling mengingatkan antara satu sama lain supaya tidak lupa menyedekahkan Al-Fathihah dan Yasin kepada ibunda. Lbh2 lg dlm bulan Ramadhan yang mulia.

Bila Syawal menjelma, sekali lagi kami menyambutnya tanpa arwah Mak. Betapa kami merindui masakan mak - rendang ayam, nasi himpit, kuah lodeh, kuah kacang, wajik cair, dodol cair dan macam-macam lg.. tak de tandingan kelazatan masakan mak...
Mak.. kami rindu... Kali ni Ba'ee dan Angah beraya di rumah mertua dahulu.. Bagi Angah mmg kebiasaannya begitu.. selama 11 thn kahwin baru sekali angah beraya di Melaka dahulu.. Tak pe lah biar angah mengalah sbb Mak Mertua masih ada.. jd biar angah dahulukan Mak yang masih ada... selagi dia masih ada biar dia menikmati pagi satu hari raya bersama anak dan cucu-cucu dia. Dan kami sama-sama ke pusara arwah Abah pagi raya yang mulia tu.

Kebiasaannya juga, Angah tetap akan balik Melaka pada hari raya ketiga. Kali ni Mie setuju nak tido 2 mlm di Melaka.. Alhamdulillah.. sempat la nnt jengah pusara Mak dan kalau sempat singgah ke rumah makcik-makcik yg lain. Sebelum pulang ke USJ pd raya kelima haritu akhirnya angah sempat ke pusara mak.. singgah juga ke pusara Atuk, Nek dan Abah (Pak Ndak). Sedihnya mmg tak bole nak cerita tp angah redha.. biar lah Mak tenang di sana. 10 tahun berlalu terlalu pantas.. diam tak diam rupanya kami dah kehilangan mak begitu lama.. Raya tak pernah meriah lg tanpa mak di sisi.

Masih terbayang-bayang malam raya bersama mak.. Kami adik beradik sama-sama teman mak masak.. masing2 ada tugas sendiri. Biasanya Along kemas rumah, Angah tlg mak di dapur atau buat kueh, adik-adik yg lain tolong2 kami mana yg patut. Riuh rendah nya toksah cerita.. smpi ke pagi tak sudah2 nya..

Pagi raya dgn mak pun mmg riuh rendah.. pagi2 lg mak dah terjerit srh kami bgn awal dan bersiap.. lps makan, kita pergi rmh nek.. tak kira la kalau ayah ada sama ke, tak de sama ke, kita tetap akan sambut raya dengan gembira kan.. asalkan mak ada cukup la bg kami. Sbb tu la bila mak takde.. sambutan raya mmg hambar.. dah takde makna.. luaran je nmpk kami gembira, tp isinya tiada... tak pernah sama. Selalunya lps gi rmh nek kita gi raya rmh sedara mara. Ptg je balik rmh terus tutup pintu n tingkap then kita tido ramai2.. qada' tido sbb mlm raya tu kita tak tido.. hehehe. tu la rutin kita.

Ntah la mak, raya kali ni mmg terasa sungguh kehilangan mak.. mungkin sbb thn ni thn yg ke sepuluh.. tu sbb special skit.. sedekad.. Namun hidup perlu diteruskan. Selagi dipanjangkan umur, angah akan cuba sedaya upaya memeriahkan raya demi anak-anak. InsyaAllah.

...ada yg membaca, tp sethn tunggu update, letih...

sedih n sayu kan setiap kali raya. along kat sini lg la...mmg, luaran nampak hepi, tp hati di dalam, Allah jua yg maha mengetahui...
moga arwah nenda2, ayahanda & bonda kita tenang di sana...
Wed 25-Nov-2009 22:09
Posted by:k.faizah@liverpool  - [Link]
Add comment


Friday, 12-Sep-2008 06:23 Email | Share | | Bookmark
just a few more photos during the wedding

Nyah ngan Pak Chik sibuk nak naik pelamin lg.. ehehe
firdaus mcm dia lak pengantin..
ayu le konon dak adik ni
View all 6 photos...
actually saja carik few more photos utk tatapan along Faizah bila dia rindu org kat kampung.. hehehe

Nini, tq byk. bila teringat org2 kampung, boleh gak jenguk sini Sun 14-Sep-2008 11:21
Posted by:along@liverpool  - [Link]
Add comment


Tuesday, 9-Sep-2008 01:42 Email | Share | | Bookmark
9 tahun tanpa ibunda tercinta

Hari ini genap 9 thn arwah mak meninggalkan kami, kembali kepada Penciptanya. Semoga arwah mak berbahagia di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah SWT.
Kebetulan kali ni hari bersejarah ni jatuh pada bulan Ramadhan, kami adik beradik akan sedekahkan Al-Fathihah dan Yassin untuk arwah mak. Terlanjur dah sedekahkan untuk arwah mak tu, aku sedekahkan juga Al-Fathihah dan Yassin tu untuk arwah abah mertuaku Abdul bin Bakar (walaupun aku tak pernah dpt jumpa arwah abah, tp dia tetap abah mertuaku), arwah datuk-datuk dan nenek-nenek tersayang, Haji Abdul Hadi bin Abdul & Hjh Fatimah binti Mohd Noor dan Haji Mahayuddin bin Yatim & Hjh Kesom binti Awang, arwah Tuk dan Aki sebelah suami, pakcik-pakcik dan makcik-makcik ku yang dah pergi mengadap Ilahi (arwah mak long minah, mak ngah jenab, pak itam Ramli, abah (pak ndak Omar) dan semua saudara mara yang mungkin aku terlupa.

Semoga roh mereka semua ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. Al-Fathihah.

Mak..
Ramadhan dan Syawal kali ni sama jugak seperti Ramadhan dan Syawal 9 thn lalu, hambar tanpa kehadiran mak. Berbeza sekali waktu menjalani ibadah puasa dan menyambut hari raya bersama mak. Thn lepas, kali pertama angah menyambut 1 Syawal di Melaka (selepas ketiadaan mak)bersama adik-adik dan ayah serta bik dll, cuma Along je yang balik lewat skit.. raya pertama tu baru tiba sbb abg long kena kerja. Thn2 sebelum tu dan thn ni jugak 1 Syawal akan disambut di rumah mertua, lps tu baru balik Melaka biasanya raya ketiga. Tp raya thn ni InsyaAllah kami akan terus ke Jeli sbb ada majlis menyambut menantu di sana untuk Ba'ee. So tak dpt balik Melaka dan ziarah kubur mak agaknya, tp tu tak bermakna anak mak ni tak ingatkan mak. Mak sentiasa di hati dan ingatan. Semoga mak sentiasa di bawah naungan Yang Esa dan berbahagia di sana hendaknya. Amin ya rabbal a'lamin.

sedih...
mak oteh 9 thn, abah 8 thn. along tak pernah boleh nak tulis kat sini pasal abah, terlalu sedih. kira nini kuat gak la...
Wed 10-Sep-2008 04:52
Posted by:along@liverpool  - [Link]
sedih...
mak oteh 9 thn, abah 8 thn. along tak pernah boleh nak tulis kat sini pasal abah, terlalu sedih. kira nini kuat gak la...
Wed 10-Sep-2008 04:52
Posted by:along@liverpool  - [Link]
tu la long.. mmg sedih.. tu pun bergenang gak air mata tadi... sekejap je kan masa berlalu sedar tak sedar dah 9 thn, abah dah 8 thn.. kira arwah nek pun dah 8 thn la ek? Wed 10-Sep-2008 09:03
Posted by:Nini  - [Link]
Add comment


Sunday, 17-Aug-2008 08:46 Email | Share | | Bookmark
Majlis Persandingan Arba'ee dan Marwan


MAJLIS BERINAI.. tak sempat buat mlm


MAJLIS PERSANDINGAN

Kalau majlis nikah semalam kelam kabut, majlis persandingan ni lagi kelam kabut.. hehehehe
Al-maklum la yang uruskan katering dan aturcara, amatur yang tak pernah handle majlis besar. Dolu-dolu masa kita kawin arwah mak yang uruskan semua.. so bila adik yang kawin, arwah mak dah tak de kitaorg la yang seboleh-bolehnya kelolakan urusan katering, pelamin, khemah, mak andam etc. Alhamdulillah semua makcik2 membantu..

Pkl 10 lbh dah ada tetamu yang tiba tapi.. jeng jeng jeng.. katerer tak tiba lagi.. Ustaz yang sepatutnya membacakan doa dah tiba and tak bole tggu lama sbb ada lg majlis dia nak pegi.. Bik, Nyah dah bising suruh aku check ngan katerer pukul brp dia nak dtg. Aku dah sms and kak Kasinah kata diaorg on the way, tak bole laju sbb bwk lauk pauk tu.. so tggu le.. dah pkl 11pagi tp tak tiba lg.. semua dah resah.. aku pun gelabah sebenarnya sbb tau benar org kampung biasa mmg dtg kenduri awal.. masa aku duk Umbai ni pun selalu ikut arwah mak pegi kenduri kawin.. kul 10 kitaorg dah terpacak kat rmh org bersedia utk tolong2.

11 lbh baru kak Kasinah, kendarat dan makanan tiba, lega aku.. masa tu kawan2 Ba'ee dr KL pun dah ada yang tiba.. diaorg pun cepat2 set meja lauk then org start bole makan... dlm 11.30pagi tu tetamu mmg dah ramai le kiranya.. Alhamdulillah, orang dtg tak putus-putus, balai mmg penuh sentiasa. Ramainya wajah-wajah yang familiar yang aku dah lama tak jumpa.. nenek2, makcik2, kawan2 dan org2 kampung yang dah lama aku tak tgk.. seronok jumpa diaorg and diaorg pun seronok jumpa kitaorg adik beradik... semua kata rindu kat arwah mak.. kalau diaorg semua pun rindu and teringat kat arwah mak, apatah lagi kami semua.. Allah sahaja yang tahu..

Jadualnya 12.30 tghari bersanding, so sebelum bersanding tu sempat la Ba'ee tukar2 baju dulu sbb semlm tak sempat. Cantik adik aku jadi Puteri Hang Li Po, Pelakon drama Korea dan Jepun sesat kat Umbai, mlm semlm dah pakai baju tradisional Melaka ngan sanggul lintang.

Tepat 12.30 tghari rombongan pengantin lelaki tiba tp budak kompang tak tiba lagi.. hahahaha.. kelam kabut gi carik kereta amik budak kompang.. sabar je. Bik rupanya terlupa nak bgtau kitaorg suruh arrange org amik budak kompang.. ye la bik dah sibuk layan tetamu..

Sementara tu lauk pengantin semua dah siap and khemah pengantin pun semua dan ready.. ingatkan semua dah settle la... kek pun dah keluarkan.. ni pun last minute baru aku teringat.. hehehehe
Then budak kompang tiba je terus berarak.. then org sebelah ada yg duduk kat pelamin, ada yang duduk terus kat balai makan.. jeng jeng jeng.. time ni baru le ada yg bagitau.. nasik tak letak lagi kat meja pengantin.. apa lagi kelam kabut aku adik beradik gi amik nasik, tp nasik dah abis.. tu dia.. diaorg kata nasik on the way... Camner ni.. malunya.. sib baik ada skit2 so kitaorg letak dulu mana yang ada. Then nasik tiba je terus amik letak kat balai pengantin dulu. Adus.. camner bole tak perasan nasik abis... malunya malunya.. tp biasa la majlis camni mana nak jangka kan.. dah la tu tetamu plak mmg bertali arus.. mintak maaf pada para tetamu yang tak dpt makan atau kalau ada yang tak cukup... first time ni buat majlis.. mana le kitaorg tau camner nak budget.. tu pun mmg dah budget utk 1000 tetamu tu. Bik, Nyah and aku adik beradik mana le ada pengalaman buat majlis besar camni.. ni first time utk kitaorg, dulu masa along and aku kawin mak ada, lgpun tak buat kat Umbai.. so mana kitaorg tau sambutan nya gini.. hehehehe.

Kepada orang-orang kampung Umbai, jangan la serik dtg majlis kami, adik2 kami ramai lagi yang belum kawin, ada rezeki InsyaAllah kami buat majlis lagi kat sana. Kami akan cuba pastikan lain kali lebih teratur.

Apa pun, majlis berjalan lancar smpi upacara memotong kek. Alhamdulillah Ya Rahman, Ya Rahim kau telah berkati majlis kami dan merahmati pasangan pengantin. Moga kau pelihara jodoh mereka hingga ke hujung nyawa. Aminnnn....

hua hua hua gambaunye mane?
tak ape, pengalaman tu. nanti nak kawenkan dak sofea & dak kimie hensem tu senang le
dk meme tu pe kabau? tak notty ke dia masa org ramai2 tu? hehe...mesti dia dah tak ingat mak long dia ni...
Thu 28-Aug-2008 10:42
Posted by:along@liverpool  - [Link]
mak long.. sorry gambar nya lambat. meme ingat lg la kat mak long especially nasik lemak mak long..
meme skrg nakal toksah ckp la tp yg lg tak tahan tu mulut dia skrg.. ya Allah keletahnya asyik nak membebel je smpi kdg tu malas nak layan...
Wed 3-Sep-2008 08:54
Posted by:Nini  - [Link]
Add comment


Sunday, 17-Aug-2008 08:25 Email | Share | | Bookmark
Gambar-gambar sekitar perkahwinan







comelnye Baee. semua serba purple.
tu ada bergambar dgn nek nyah kan? lama tak jumpa, sihat ke nek nyah?
tengok tu, dak meme gerammmm je ngan kek tu
Thu 4-Sep-2008 09:37
Posted by:along@liverpool  - [Link]
along.. mmg nek nyah la tu. Dia nak kata sihat tak la jugak sbb dah kena bertongkat dah sekarang, kdg2 duk kerusi roda.. dah tak mobile la tu je.. Wed 10-Sep-2008 01:07
Posted by:Nini  - [Link]
Add comment


Saturday, 16-Aug-2008 06:20 Email | Share | | Bookmark
Majlis Pernikahan Adik Tersayang Arba'ee & Marwan

Hantaran dr pihak Perempuan
Hantaran dr pihak Lelaki
Gambar-gambar majlis pernikahan
View all 11 photos...






Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan lancar walaupun sedikit kelam kabut. Lebih kurang 10 mlm pasangan Arba'ee dan Marwan selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz.

Lepas majlis kami bergambar sekeluarga dan kemudian buat majlis berinai besar yang simple je sbb majlis nikah ni tak termsk dlm agenda sebenarnya. Kalau ikut aturcara majlis sebenar, pernikahan patut dijalankan esok pagi tp sbb Imam takde esok, maka kami terpaksa mempercepatkan jadi mlm ni plak. Aturcara malam ni sepatutnya cuma majlis tahlil dan marhaban.

Tapi takpe la bagus jugak nikah malam ni jadi esok tak la kelam kabut. Lps nikah tetamu dijamu makan malam dan lepas tu bersurai. Di sebabkan nikah tadi dah lambat so Ba'ee sempat pakai baju tradisional satu je malam ni.. pakai baju Melaka sanggul lintang.. tp sanggul lintang skrg bukan mcm dolu-dolu yg berat gile tu.. simpel je hiasan kepalanya.

Lega skit bila diaorg dah selamat dinikahkan.. Mak.. Alhamdulillah anak mak sorang lagi dah selamat jadi isteri orang. Kami semua tau mak ada malam tu menyaksikan segalanya.. harap mak bergembira di sana dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Kami rindukan kehadiran mak sebenarnya.. kalau mak ada tentu suasananya, tempatnya dan kegembiraannya berbeza... Tp kami redha.. Allah lebih sayangkan mak. Ni first perkahwinan anak-anak mak tanpa kehadiran mak... betapa kami terasa perbezaannya. Bagaimanapun kami berjaya mengharunginya dengan bantuan mak-mak saudara yang lain.. terutamanya Nyah yang tak berhenti-henti memasak walaupun sakit-sakit kaki dan Bik yang terkejar ke sana ke mari. Tak lupa juga Mak Ngah, Busu, Mak Itam Ana, Mak Itam Timah, Umi, Mak Lang, Kak Atie, Ayah dan pakcik-pakcik yang lain. Tanpa kalian majlis ni tak mungkin berjaya.

terasa sedih juga
neway, tahniah to Bae & suami, moga berbahagia & jodoh berkekalan ke akhir hayat.
mana pics?
Wed 20-Aug-2008 09:54
Posted by:along@liverpool  - [Link]
Nini, many thanks...sedih & sayu hati bila tgk gambar umi & maknek, terasa benar lama tak jumpa mrk
kirim salam kat Baee & Marwan
Mon 25-Aug-2008 20:32
Posted by:along@liverpool  - [Link]
Along... along sure rindu semua kat sini.. nnt nini free nini mskkan lg gambar.. skrg ni bz skit.. gambar umi tu mmg mlm tu je ada sbb pagi esok tu umi dah berangkat pegi umrah.. insyaAllah musim haji ni bik plak akan pergi.. Wed 27-Aug-2008 01:03
Posted by:Nini  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 12-Aug-2008 01:23 Email | Share | | Bookmark
Happy 3rd Birthday Syazwan Amir Hakimi



Birthday Kimi.. but buat simple celebration je sbb budget semua dah pegi kat kenduri kawin achik a'ee hujung minggu nnt.. hehehe

Add comment


Thursday, 5-Jun-2008 03:45 Email | Share | | Bookmark
Last day in Liverpool.. here we come again London

kimi posing sblm balik
bergambar dgn along n abg rahman
kimi n sofea kat LimeStreet
View all 12 photos...
Khamis, 5 Jun 2008

Today last day kami kat Liverpool. Semlm dah beli tiket and dpt tiket yg flexible.. bole naik train bila2 je sepanjang today.. so tak le rushing tp mahal la tiket tu.. hehehe.

Kitaorg bertolak lps tggu along Faizah and abg Rahman balik dr tgk Danial punya presentation kat sekolah. Abg Rahman hantar kitaorg ke station dgn beg yg berat2 dan penuh giler tu... hehehehe

Dpt naik Virgin Train ke London pkl 11 pagi. Sepanjang jln ke London tu aku tak tido gak sbb nak tgk country scenery for the last time. Sbb ni last long journey for us la throughout UK. Lps ni dah takde dah jalan-jalan. Esok mmg terus ke Heathrow je.

Masa kat Lime Street Station tadi aku dah telefon Norhayati sbb ingat nak tumpang rmh dia kat Reading mlm ni. Dah tiba London nnt aku confirm ngan dia. Perjalanan ke London abt 3 hours plus la jugak dr Liverpool. Smpi London kitaorg stop kat Euston Station. Then dr sana kitaorg naik cab ke St Pancras Intl sbb plan nakk tinggalkan beg kat sana. Esok nak ke Heathrow baru amik sbb we will be going to Heathrow naik tube from King Cross Station.

Sbb kitaorg tiba tu dah dkt pkl 3ptg, then naik cab jam plak tu, tiba kat St Pancras tny harga simpan beg tu mahal sgt la plak 6.50 pound per bag for 24hrs. Kitaorg ada 5 beg nak tinggalkan, cuba kira.. hehehe. Then kitaorg call King Cross Station lak nak check ada tak luggage storage kat sana lak, diaorg kata ada. So angkut la plak beg2 tu ke King Cross, sib baik bersebelahan je ngan St Pancras tu. Tp alangkah frustnya sbb syarikat yg sama gak uruskan luggage tu so byrnnya tetap sama. Oleh kerana we got no other choice, so hubby and Acan pun check-in la beg. Aku ngan anak2 duk kat luar nak mkn, then terpikir lak, drpd byr mahal2 letak beg baik kitaorg terus tido kat hotel nearby je so tak yah simpan beg. Tp masa tu diaorg dah check-in beg so aku pun malas nak kacau. Diaorg dah keluar baru aku bgtau diaorg.

Then hubby srh check tambang ke Reading brp so that kitaorg bole estimate. Masa check tambang tu aku ternampak le ada org amik2 gambar kat trolley ngadap kat dinding.. memula pelik gak apsal lak diaorg bergambar kat situ and apa lak yg istimewanya. Lps aku tny tambang tu baru aku perasan.. laaa Platform 9 3/4 rupanya.. Platform yg dlm filem Harry Potter tu. So aku pun bgtau le Acan and kitaorg bergambar le kejap. Pastu kitaorg mkn nasik goreng yang Along bekalkan kat bench tepi landasan keretapi tadi.. hehehe. Buat muka tak malu je. Tgk jam masa tu dah pkl 3.45ptg. Bila kitaorg discuss balik abt our plan, kitaorg pun decide nak tido kat London je la mlm ni so tak de la rushing.

Acan pegi tny balik beg tu bole tak cancel, tp diaorg tak kasi.. so hubby ckp tak pe la.. biar tinggal beg kat situ and kitaorg carik hotel utk check-in n tinggalkan the remaining bags lps tu baru jln2 kat London. Alhamdulillah le time tu dah dkt summer so siang lbh pjg dr mlm so kalau kitaorg jln2 smpi kul 9 mlm pun still cerah lg. Call Travelodge haritu diaorg kata fully booked so kitaorg pun check la different hotel, nampak la Premier Inn kat area tu so pegi la tny. Mmg mahal lg la dr Travelodge tp dah takde choice.. malas nak carik lain n buang masa lg.

So lps check-in, tinggalkan brg yg tak perlu, kitaorg pun pegi tube station and terus pegi Arsenal dulu. Tiba sana tgk2 dulu kat Megastore sbb dah nak tutup, beli serba-skit then terus tgk Emirates Stadium. Kagum gak sekejap sbb lawa stadium tu, maklum la stadium baru. Tp tak msk la.. just amikgambar dr luar je. Lps tu kitaorg berhajat gak nak gi Chelsea tp tak tau lak tube mana nak amik, kat mana nak berenti so kitaorg pun tak jadi le. Lgpun takut tak sempat nak jln2 ke lain2 tempat lak. So lps dr Arsenal tu terus konon aku nak bwk diaorg ke Tower Bridge tp tersalah station lak berenti so berpusing2 la kitaorg. Last-last jumpa gak Tower Castle and Tower Bridge tu. Amik gambar lbh krg then kitaorg ke Big Ben naik cab. Dah nampak je Big Ben tu kitaorg pun berenti je kat situ sbb nearby Eyes of London gak. Amik gambar Big Ben and Eyes of London dr jauh je, then pegi ke Embankment Tube Station. Sblm tu singgah kat souvenir shop beli souvenir London lak. Dr Embankment kitaorg stop kat Charing Cross and pegi Trafalgar Square. Amik gambar lbh krg gak then terus ke Hyde Park Corner sbb nak carik Hard Rock Cafe. Masa sesat carik Hard Rock tu kitaorg ternampak lak Royal Guards Parade.. so apalagi rezeki la.. bergambar la kejap.

Smpi kat Hard Rock dah gelap la jugak so hubby bershopping kejap, bergambar lbh krg then terus jln ke Green Park Station sbb dah tak larat nak balik hotel je terus. Sambil jln2 tu ternampak le Lim Kok Wing University College, London branch diaorg. Hmm.. mmg bnyk duit diaorg ni sbb tempat tu mmg posh area, dkt ngan Sheraton Hotel London lak tu.. brp agaknya diaorg byr sewa.. ish.. ish..

Tiba King Cross balik kitaorg gi makan kat kebab restaurant dulu, then baru balik hotel.. penat sesangat actually. Bebudak ni lps mandi terus tido.. berakhir la hari2 kitaorg di Paris, UK dan London ni. Esok mmg dah tak sempat apa dah, just balik je. Sedihnya...

selamat kembali ke msia
datang lagi nanti ya
Tue 15-Jul-2008 10:55
Posted by:org liverpool  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web02.fp.pidgintech.com